12/09: Insiden Batu Buruk: Individu bakar bendera sedang dicari!

ni petikan dari malaysia-today, sama-sama la kita pikir2 kan...

"Individu yang bertanggungjawab membakar bendera Malaysia, Jalur Gemilang sedang dicari bagi memastikan sama ada dia merupakan salah seorang penyokong PAS, orang awam, polis berpakaian preman atau antara pencetus provokasi yang mengundang suasana tidak senang rakyat atas tindakannya itu.

Kejadian bakar bendera ini telah dieksploit sepenuhnya oleh pihak pimpinan Umno/BN bagi menuduh parti pembangkang tidak bertanggungjawab sedangkan individu terbabit belum dikenal pasti identitinya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Trengganu, Dato' Abu Bakar Chik juga turut membangkitkan isu tersebut di dalam mesyuarat penyelarasan media bersama beberapa pimpinan, wakil media Harakah dan Siasah termasuk Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman berhubung kejadian di Batu Buruk 8 September lalu.

Menurut wakil dan pimpinan yang hadir dalam mesyuarat tersebut, pelbagai versi cerita dikumpulkan untuk mengesahkan kejadian sebenar dan secara am, semua berpendapat bahawa ahli-ahli dan pendokong PAS lazimnya tidak bertindak melampau dan membelakangkan batas-batas agama serta tatasusila negara.

Malah ada yang menimbulkan persoalan ketika mana individu tersebut sedang membakar bendera Malaysia, beliau sama sekali tidak dihalang oleh orang ramai mahupun tidak ditangkap oleh polis dan tidak kelihatan ada orang yang mengerumuni individu terbabit sewaktu kejadian itu.

Difahamkan hampir 500 anggota polis termasuk FRU bertugas di kawasan sekitar Batu Buruk sewaktu insiden tembakan dan tindakan kasar terhadap orang ramai yang hadir pada malam itu.

Di dalam gambar itu juga menunjukkan kawasan tempat individu itu membakar bendera kelihatan agak lenggang dan tidak diketahui waktu tindakan provokasi itu dilakukan.

Di samping itu,adalah sesuatu yang tidak adil bagi pemimpin Umno menuduh bahawa pihak pembangkang yang membakar bendera itu sedang indivdu terbabit tidak dikenali malah sukar kerana memakai topi keledar yang menutup sebahagian wajahnya.

Sehingga kini, rata-rata saksi yang ditemui yang menyaksikan insiden kekasaran polis pada malam itu, memaklumkan tidak mengetahui tentang kejadian bakar bendera itu namun usaha mencari individu terbabit masih diteruskan.

Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat terbabit ialah tentang ketepatan fakta dan kronologi kejadian serta mengenal pasti punca sebenar sehingga tercetusnya insiden yang tidak diingini disamping mahu menyampaikan maklumat dan berita sebenar kepada rakyat di negara ini khususnya Trengganu."



~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

31 Ogos 2007- 50tahun kemerdekaan

pada tahun ini genaplah usia kemerdekaan negara kita 50tahun..sudah 1/2 abad kita merdeka..aku tak dapat nak menyambut kemerdekaan bersama di Dataran Merdeka..hanya sambut di rumah sambil melihatnya melalui tv dan sebagai tanda kenangan,aku membeli topi dan banyak bendera untuk disimpan..aku bangga dengan Malaysia,tanah tumpah darahku..aku juga terlibat dengan perbarisan hari kemerdekaan di padang majlis daerah Bera...seluruh warga bera menyertai mengikut kategori masing2...YB Bera pun ade..sonok dapat melibatkan diri dengan kemerdekaan ini...Merdeka!merdeka!merdeka!Moga negara kita aman dan makmur amin...



~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

cuti sekolah bulan 8

lama dah aku tak post dalam laman web aku nii..bukan ape aku takdan nak mengadap komp ni..letih la..sejak balik kampung cuti sekolah ari tu, ni baru aku ade masa nak ngadap komp ni..maklumlah dah jadi surirumah banyak keje ler sket..(walaupun aku malas hehe)..bulan 8 ari tu cuti skolah seminggu so aku ambik peluang utk balik ke kampung..ni panjang sket cuti bleh la aku bersama family dan mertua.. cuti ni aku banyak dpt undangan kahwin..bermula ari sabtu hingga rabu tiap2 ari kena gi 'make gulai'..kenye..xpayah aku masok doh hehe..biasenye aku balik gilir2 la..sekejap umah abang kejap umah aku..ari tu.. 4 hari umah aku dan 4 hari umah abang..sib baik abang aku xkisah..ikut nak duk mano pun janji bahagia hehehe haziq xyah nak citer ler semua orang dia nak..asal bleh wat jalan dia..suka haziq dpt baliik kampung..ramai orang..gigi pun dah tumbuh dah haziq..cuma dia lambat sket nak jln..baru duk angkat punggung nak merangkak..hehe ni mesti ikut papa n ummi dia yang dulu pun lambat gak..hehe gambar di bawah ni mase g jalan2 nga family..d taman tengku anis..dekat nga Thailand dah..sonok makan angin..kalu nak tengok banyak lagi gambar sila ke flickr aku

~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

Blog Widget by LinkWithin

Sekarang terdapat orang dalam talian...time kasih kerana melayari!! hits

Usia Blog Ummie eriey...

Daisypath Friendship tickers