Semua dapat buku teks:Syarat kemudahan SPBT tidak lagi ambil kira pendapatan ibu bapa pelajar

KEPALA BATAS: Semua pelajar akan mendapat kemudahan skim pinjaman buku teks (SPBT) tanpa mengira pendapatan keluarga masing-masing, selewat-lewatnya dalam tempoh dua tahun lagi.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata usaha itu bertujuan memastikan pelajar menikmati semua kemudahan pendidikan yang lengkap dan sempurna tanpa sebarang alasan.

"Sekarang 90 peratus sudah mendapat kemudahan itu dan apa salahnya jika kita perluaskan kepada semua pelajar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gemilang 2020 anjuran Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas di sini, semalam. Pada majlis itu, 84 murid yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2005 menerima sumbangan RM100 seorang daripada pergerakan itu. Turut hadir, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas, Ahmad Darus.

Pada masa ini, kemudahan SPBT terhad kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan RM2,000 ke bawah. Bagaimanapun, dalam Bajet tahun lalu, kerajaan mengumumkan kemudahan itu turut diberi kepada anak guru.

Hishammuddin yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, kementerian sedang berusaha mendapatkan peruntukan bagi membolehkan semua pelajar menikmati kemudahan berkenaan, yang dijangka dapat dilaksanakan dua tahun lagi.

Beliau yang enggan mengulas mengenai jumlah peruntukan yang diperlukan, berkata kementerian akan mencari kaedah terbaik bagi memastikan pinjaman buku teks itu digunakan pelajar sebaik mungkin.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, semua projek pembinaan sekolah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tidak akan menggunakan pendekatan 'reka dan bina' yang dilaksanakan perunding dan kontraktor sebelum ini.

Beliau berkata, tindakan itu bagi memastikan semua projek pembinaan sekolah diselaraskan Bahagian Pembangunan dan Perolehan kementerian serta Jabatan Kerja Raya untuk mengelak masalah mendapatkan Sijil Layak Menduduki (CF).

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu Sekolah Kebangsaan Mutiara Perdana, Sungai Nibong, Pulau Pinang, yang dilaporkan tidak memiliki CF walaupun sudah beroperasi sejak empat tahun lalu.

Hishammuddin berkata, kelewatan mendapatkan CF itu berpunca daripada masalah tanah yang belum ditukarkan statusnya daripada tanah perindustrian kepada yang berstatus institusi pendidikan.

“Kelewatan itu tiada kaitan dengan masalah teknikal bangunan berkenaan dan ibu bapa tidak perlu bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka,” katanya sambil memberi jamin kementerian akan membantu menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Pada majlis perasmian Kempen Satu Rumah Satu Sudut Bacaan di Sekolah Kebangsaan Padang Menora, Tasek Gelugor pula, Hishammuddin menyampaikan bahan bacaan kepada wakil enam kampung di sekitar Padang Menora.
~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

kem ibadah

haii..ari ni letih gak..skoloh aku ado buat aktviti tahunan skoloh kami iaitu Kem Ibadah...peserta d pilih dikalangan pelajar yg bermasalah..aku plak bertugas menyediakan makanan peserta...3 hari beb (20/7,21/7 dan 22/7/07)...hari2 ler jenguk diorang..xdapatle aku makan angin moh mc kass..asal jnji nk turun KL..xjadi...
~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

hari ni tak brape...........

hari ni tak brape letih sangat sb cuaca mendung..mengajar pun best jer..dalam klas aku sentiasa buat lawak nga bebudak ni...jadi xmengantuk ler...emm..pg tadi kul 6.45 dh kuar antar haziq sb suami bw kete..so,terpaksa ler awal ke sekolah..suami ngajar Triang jauh le sket...balik sekolah kul3.10..sapa umah jam 4.00ptg..beginila rutin harian kami..ari ni xder pengalaman yg boleh d kongsi...
~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

Prinsip-prinsip kejayaan yang boleh diamalkan adalah:

1. SIKAP MENTAL YANG POSITIF

2. MEMPUNYAI TUJUAN YANG JELAS

3. SANGGUP BERUSAHA LEBIH DARI YANG BIASA

4. BELAJAR DARI KEGAGALAN

5. MEMPUNYAI INISIATIF DIRI YANG KUAT

6. MEMPUNYAI SEMANGAT JUANG YANG TINGGI

7. SEDAYA UPAYA MENGUBAH PERSONALITI MENJADI

LEBIH MENARIK

Jangan lupa dan selalu amalkan dalam kehidupan kita :

1.Bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.Astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.Innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya


~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

kronologi BTN

Pada hari Khamis(12.07.07),aku d kehendaki menghadiri kursus BTN,Kuala Lipis,Pahang utk melayakkan aku sah jawatan sbg PPPS..kalu ikutkan malas jer aku nk g sb lasak gak..ini kali ke3 aku mengikuti kursus ini..dulu masa remaja Bina Semangat..loni Bina Negara..so,pening sket la..spjng aku berkursus boleh d katakan BEST sb dpt jurultih yg sporting..fasilitator yg hebat(kebnyakannya dr Parlimen)..aktiviti yg menyeronokkan...byk juga informasi ttg negara aku perolehi drp kursus ni...daripada tak tahu mende jd tahu blako...best!aku dh ler kurang bab2 sejarah Malaysia ni..g kursus ni br ler aku tahu..itulah kelebihan menyertai kusus ni....aku juga d tawarkan menjadi sahabat BTN..fasi aku yg offer soh isi borang..eee..aku bukan berminat sgt mende gini..bleh d katakan kumpulan ku antara yg terhebat berhujah dgn fasi...xsangka..hehe selama 5 hari ku d sana..byk pglaman yg aku dpt..insyaallah..aku akan guna sbagai panduan hidup ku.....
~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

ee.......geram tul!!!

arini aku ada kelas, kena mengajar bdk2 kelas tusyen felda, punya la semangat aku gi sekolah
untuk berbakti kepada nusa dan negara tp akhirnya hampeh kerna tiada sorang pn bdk yang datang........haih nak jd ape ngan bebudak ni.

semalam bkn main semangat kata nak datang, ni bayang pn xde!!
~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

Panduan Solat Jama'

2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)


Ehsan drpd:-
http://www.e-solat.gov.my/
~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

Panduan Solat Qasar

Panduan Solat Qasar & Jama'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:


1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)



Ehsan drpd:-
http://www.e-solat.gov.my/
~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

ahh..hujung minggu..

ari ni ari jumaat..hari yg di tunggu2..mana tak nyer,seminggu duk d skoloh tensen jgak aku..melayan karenah bebudak ni..biase aku luangkan masa bersama kuarga d hujung mggu tp mggu ni aku kena buat tusyen budak form 3 plak..diorang tak lama lg dh nk pekse PMR..tp aku tgk cam biase jer prestasi..makin teruk ade la..cewah..terpaksa aku korbankan hujung mggu aku dgn mendidik anak bangsa kita ni...itulah guru!tangungjawab sgt berat..tiap2 ari aku balik skoloh kul3.30..tak dan nk main nga anak..
~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

Isi Maklumat exam 1/2tahun....

arini aku cbuk nak key-in data exam pelajar, aritu PPD kata dateline kena anta 17hb Julai....last2 dia fax srh antar sebelum 7hb....dah la sofware baru sampai, tgh nak belajar guna, kut sdp ati dia je!!!!
~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

kualiti vs kuantiti

emm..ari ni masuk minggu ke-3 kuartes aku xder air..ape nk jadi nga JBA ni..dalam paper dah lapor,dlm tv pun dh masuk ttg krisis air tmpat aku nii..tapi hampeh xder perkembangan pun..nsb baik lori JBA dtg mggu ni..kalu tidak,tak mandi ler aku hehe bukan nak kata..dah 30tahun masalah ini tak selesai..d manakah peruntukkan kerajaan sbyk 6juta ituu????!!!!!!!!!!!!!!!!!masih d guna atau ????aku pun tak tahuu hehe itulah org melayu..ari tu hajat nk pindah umah sb tak tahan sgt dh..last2 tak jadi plak..umah kat sini susah nk dpt..umah felda ade laa tp tak bleh sewa plak...emm dah malam dah..mengantuk dah..okla,stakat tu dulu utk ari ni..


~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

HAri Ni!!!

Hari ni Kuarters aku masih blum ada air, dah nak sbulan dah xde air.....:(

Mujurla lori JBA dtg bg air (walaupn jarang2 smpai)....

okayla dari xde trus!!
~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

Blog Widget by LinkWithin

Sekarang terdapat orang dalam talian...time kasih kerana melayari!! hits

Usia Blog Ummie eriey...

Daisypath Friendship tickers