bersama pelajar 5A smk bera


Sabtu..(11-08-2007)..saya dan warga pendidik kelas 5A smk bera telah mengadakan satu program yang selalu diadakan oleh pelajar2 d tahun akhir iaitu sehari bersama pelajar kelas 5A..biasenye setiap kelas adakan jamuan d dlm kelas, restoran,hotel dll tapi kali ini kami buat BBQ d Turtle Santuary,Cherating,Pahang.tempatnya best,tepi pantai dan dah ade tempat khas utk BBQ,mandi dan khemah..package!


Seawal 7pg kami bertolak ke cherating..aku dan 2 org kawan yg lain naik kereta..follow diorang dgn bas.sebelum sampai ke Santuary penyu tu aku merewang ke Giant,Kuantan dulu hehe ingat nk shopping tp xbleh..ptg nanti ade part bleh shopping..sabar2..tepat jam 12.30pm aku sampai d Turtle Santuary ..sepatutnya aku kena smpai kul10.30 tp terlewat 2 jam..hehe aku lambat sb jln jem..maklumlah aku masuk bandar kuantan..xpelah..nak buat cmne kan..perut aku mula berkeroncong..aku mula la mencari makanan yg bebudak ni bawak..dptle nasi goreng...2pinggan aku habis..haha then kami pun bersiap ,menghidupkan api utk BBQ..ade ayam, udang, hotdog,jagung d byk lagi..














1jam kemudian kami menjamu selera..makan sebanyak yg mungkin..hehe slps itu, bebudak meneruskan acara bermain d pantai dll...(membina istana pasir)!!!!!!anak2 bermain layang2, angkut pasir dll hehe














pada jam 4ptg kami bertolak ke Pantai Cherating utk membeli cenderahati, t-shirt dll sebagai kenang-kenangan..1/2 jam jer.then kami ke Pantai Balok utk bersantai jap sambil ambik gmbr..cantik pantai Balok..landai jer..bleh ler bersantai bersama family nanti..pastu aku ke masjid mandi,solat dan tukar pampers haziq..hehe

selepas itu bebudak ke Megamall,Kuantan..tapi aku ke Teluk Cempedak untuk makan angin hehe..sempatler aku bersantai kat situ 1jam..ramai orang masa tuh..
then masa utk bershopping telah tiba aku ke Kuantan Parade, Mydin, Megamall n Parkson...masa ni aku dah kepenatan tapi semangat nk bershopping tetap ade dlm diri aku..hehe lebih kurang jam 9mlm kami bertolak pulang ke rumah dan sampai tepat jam 12.00mlm sb berhenti mkn dll.itulah destinasi kami sekeluarga minggu ini...minggu depan Balik Kampung yehyeh
~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

Astaka Senibina Islam Taman Botani


Logo Taman BotaniAstaka Senibina Islam adalah tarikan terbaru Taman Botani yang dibuka pada awal penghujung tahun 2004. Ia adalah sebuah taman berkonsepkan seni bina Morocco yang sangat halus dan indah. Pembinaan Astaka ini adalah idea daripada Tun Dr. Mahathir selepas berkunjung ke negara tersebut.Logo Taman Botani

~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

dua hari d KL


Warta,Bangi,Selangor





pada hari Sabtu yang lepas(28/7/07),aku dan family pergi ke rumah kasmini...
aku bertolak dari rumah tepat jam 3.30ptg...lalu ikut jelebu,N9..sebenarnya aku xpernah pun lalu ikut situ..saje nak try..sebelum sampai,aku singgah makan angin d kajang dan bangi..pusing2 bandar..suami ku ajak round2..sampai rumah kas lebih kurang jam 7 ptg..

sonok bukan main lagi aku..hehe maklumlah..lama dh x jumpa..aku juga call Dar..tp dia xleh join sb dh penat seharian dia berjalan..xper..malam tuu,Amad(hubby Kasmini)ajak kami pergi makan satay Kajang..amad belanja..wahhh..sedapnyer..terima kasih Amad dan Kas..aku dh ler lapar..hehe



lepas tuu..kami balik..aku dah kepenatan..tapi memandangkan lama x jumpa kas,aku bersembang sampai kul4pagi heheeh..macam2 cerita..sedih Dar xder..kalu x kami bertiga galok bercerita hahaha keesokkannye..seawal Subuh aku bangun..excited nak g jalan nga kas sambil bershopping..tepat kul 9pg(ahad-29/7/07)kami ke Plaza Lowyat untuk melihat PC..then,kami berjalan2 dan singgah makan d The Chicken Rice Shop,Berjaya Time Square..suamiku plak yang belanja..tapi masa ni Dar x dapat join gak sb dia ade hal...aku call Dar suruh join skali..alhamdulillah kami bertiga daptler bershopping sama-sama..d warta Bangi..sonok giler!!!!macam budak2 skoloh jer aku rasa...hehe
then aku bertolak pulang pada jam 6ptg..balik ikut highway..sambil2 makan angin..tepat jam 12 mlm aku sampai Bera..huuh..penat
~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

Merenung sejenak peranan guru pada masa sekarang...

Sememangnya tugas yang dipikul oleh guru sekarang adalah terlalu mencabar. Cabaran yang perlu ditanggung dengan kekuatan mental dan fizikal demi melaksanakan tugas dan tangungjawab yang diamanahkan. Guru sekarang bukan sekadar hanya masuk ke kelas dan mengajar semata-mata tetapi banyak lagi dugaan dan tugas lain perlu dibereskan. Sekolah ibarat sebuah 'negara' yang melaksanakan pelbagai aktiviti yang semuanya terpaksa dipikul pada bahu guru. Dan aktiviti-aktiviti sebegini menyebabkan guru bukan sekadar menjadi guru semata-mata. Seorang guru pernah berkata, guru perlu menjadi kerani menyiapkan hal-hal kedatangan murid dan hal-hal berkaitan dengan pembayaran yuran. Guru perlu menjadi polis untuk mengajar anak-anak murid berkawad dalam aktiviti ko-kurikulum. Guru perlu menjadi pengaturcara komputer untuk membuat bahan bantuan mengajar menggunakan komputer. Pendek kata, menjadi guru ialah menjadi semua pekerja dan membuat segala pekerjaan, dan itulah sebenarnya situasi yang dialami oleh guru pada hari ini.
~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

"kami redha"


SENARIO kehidupan guru di Pulau Bum Bum, saban pagi.

DI Pulau Bum Bum, Sabah, kelihatan dua atau tiga guru baru yang ditempatkan di pulau itu, yang jauhya 20 minit berbot daripada jeti Semporna.

Mereka merupakan sebahagian guru yang terikat dengan peraturan wajib mengajar di pedalaman yang telah dikuatkuasakan oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Jalan kampung tidak muat untuk selisih dua buah kereta. Kanak-kanak sekolah kelihatan membaca di bawah pokok di luar sekolah, di sebelah bangunan sekolah yang kelihatan seperti rumah panjang, atau balai raya.

Saban pagi beberapa guru berulang alik menggunakan bot penambang membelah air laut yang jernih kehijauan.

Di dalam hati mereka, Tuhan sahajalah yang tahu.

Tiba di jeti Pulau Bum Bum, mereka disambut oleh van penumpang yang bukan berkerusi empuk kusyen, tetapi beralaskan kayu, menuju ke sekolah.

Dengar khabarnya, sebuah asrama satelit akan didirikan di pulau itu bagi memudahkan pelbagai latar etnik melepaskan penat lelah.



HANYA murid menjadi teman di kala kesunyian bagi guru di pedalaman Keningau, Sabah ini.

DI pedalaman Keningau, Sabah, seorang guru dari Semenanjung Malaysia hanya dapat ke sebuah pekan berhampiran berkekerapan dua bulan sekali.

Hal ini kerana kos untuk perjalanan keluar masuk dengan bot ke pekan itu sahaja mencecah RM700 dengan jalan air (sungai) - Jumlah yang cukup besar untuk seorang guru yang bergaji kecil.

Waktu siang hidupnya bertemankan anak-anak Orang Asli - memancing, berburu, mengutip kayu dan sebagainya bila ada waktu lapang.

Waktu malamnya hanya bertemankan sebatang lilin dan seekor kucing.

``Saya tidak kisah berbudi dan berjasa begini.

``Pinta saya ialah seorang guru lelaki beragama Islam kerana saya khuatir kalau saya mati, tiada siapa yang akan menguruskan jenazah saya... maklumlah saya seorang sahaja penganut Islam di sini,'' katanya.



BEGINILAH keadaannya pada saban pagi murid-murid di Sawah Batu, Pekan Pahang ke sekolah.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Cabaran alam persekolahan yang di luar daripada norma kemampuan dan kemahuan seorang kanak-kanak menghambat niat suci kanak-kanak Orang Asli daripada mahu terus bersekolah.

Bayangkan berhimpit di dalam lori tiga tan yang di ubah suai menjadi bas sekolah, kemudian dipaksakan sehingga 70 murid berhimpit seperti ikan sardin dalam tin, setiap hari - dengan perjalanan yang mengambil masa selama dua jam.

Penulis diberi peluang meninjau dengan mata kepala sendiri kepiluan itu yang berlaku di penempatan semula Orang Asli di Sawah Batu, Pekan, yang pada saban subuh, seawal 5.30 pagi bertolak dari rumah masing-masing meredah ladang kelapa sawit yang gelap dan dingin sebelum tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Perdana, Muadzam Shah, Pahang.

Tidak hairanlah, hampir kesemua anak Orang Asli enggan menyambung pelajaran ke peringkat sekolah menengah.
~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

kenaikan gaji terbaik

PUTRAJAYA 21 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan berita gembira yang disifatkan sebagai ‘terbaik dalam sejarah perkhidmatan awam' apabila memberi kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus kepada kakitangannya berkuat kuasa 1 Julai ini.

Bagi anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia pula, mereka menerima durian runtuh yang lebih istimewa iaitu kadar kenaikan gaji antara 9 hingga 42 peratus, iaitu 20 peratus lebih tinggi daripada peratus kenaikan gaji kakitangan awam lain.

Selain pemberian kenaikan gaji pokok, kerajaan turut mengumumkan kenaikan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) sebanyak 100 peratus bagi menampung kos hidup kakitangan awam yang tinggal di bandar-bandar besar.

Dalam pengumuman yang turut menggembirakan lebih 557,000 pesara kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kenaikan itu juga melibatkan kenaikan pencen bekas kakitangan awam.

Sebanyak 1.02 juta kakitangan awam terlibat dalam eksesais yang dikenali sebagai ‘pemberian kenaikan gaji' itu. Ia bukan satu semakan gaji.

Kenaikan gaji itu melibatkan perbelanjaan RM3.4 bilion bagi tahun ini atau perbelanjaan tambahan sebanyak RM6.8 bilion setahun.

Peningkatan kadar COLA pula melibatkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM600 juta bagi tahun ini atau RM1.2 bilion setahun.

Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri ketika berucap pada Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Pengumuman tersebut disambut dengan tepukan gemuruh kakitangan awam yang memenuhi dewan berkenaan. Kata-kata “Hidup Pak Lah!” dilaungkan secara spontan oleh hadirin dalam dewan itu tanda terima kasih atas pemberian tersebut.

Kali terakhir semakan gaji kakitangan awam dilakukan ialah pada 1992 dengan kenaikan gaji sebanyak lapan peratus, manakala pelarasan terakhir gaji sektor awam dibuat pada 2000.

Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam satu memorandum kepada Perdana Menteri pada 11 Januari lalu menuntut kerajaan membuat semakan gaji dengan kenaikan antara 20 hingga 40 peratus.

Presidennya, Omar Osman dalam reaksinya berkata: ‘‘Kita berasa amat gembira, walaupun kurang lima peratus (berbanding tuntutan asal 40 peratus) tetapi kita tetap bersyukur. Kenaikan elaun COLA sehingga RM300 sudah memadai.”

Beliau yang berada di atas pentas bersama-sama Abdullah semasa pengumuman itu dibuat di PICC menyifatkan kenaikan tersebut sebagai kenaikan gaji terbaik dalam sejarah perkhidmatan awam.

Beliau yakin sokongan kakitangan awam terhadap kerajaan semakin kuat.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri Kabinet serta para pegawai kanan kerajaan.

Abdullah berkata, keputusan menaikkan gaji sektor awam dibuat setelah beliau memperhalusi beberapa faktor, antaranya pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik dalam tempoh lima tahun lalu iaitu sebanyak 5.6 peratus purata setahun.

Katanya, pertumbuhan itu juga didorong oleh pertumbuhan pelaburan swasta termasuk pelaburan langsung asing (FDI) serta perkembangan dagangan Malaysia yang melebihi nilai RM1 trilion setahun.

‘‘Pertumbuhan ini telah memungkinkan keadaan (ekonomi yang baik) yang mana kadar faedah, kadar inflasi dan kadar pengangguran kekal rendah.

‘‘Indeks Komposit Bursa Malaysia juga membayangkan kepesatan ekonomi negara dengan mencapai tahap yang paling tinggi baru-baru ini,” kata beliau dalam ucapannya pada majlis itu yang dihadiri kira-kira 6,000 kakitangan awam.

Menurut Perdana Menteri, pertumbuhan ekonomi negara hasil usaha sektor swasta turut didukung usaha sektor awam sebagai pelaksana dasar, fasilitator dan penguat kuasa undang-undang.

Faktor kedua pula, kata Abdullah, ialah keperluan untuk menarik serta mengekalkan modal insan yang berkelayakan, berprestasi tinggi dan bermotivasi dalam sektor awam.

Motivasi

‘‘Pekerja sektor awam perlu diberi motivasi untuk terus meningkatkan produktiviti,” tegasnya.

Beliau berkata, faktor ketiga yang mendorong kenaikan gaji sektor awam ialah peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak dunia menjadikan kerajaan prihatin terhadap nasib kumpulan berpendapatan rendah.

Kata Abdullah, faktor keempat ialah kemampuan kewangan kerajaan yang mana kutipan cukai negara bertambah dengan ketara, manakala keberkesanan perbelanjaan dapat dipertingkatkan.

‘‘Dalam memutuskan kenaikan gaji, kerajaan sentiasa berjaga-jaga akan kesannya kepada kewangan negara. Sebarang kenaikan gaji akan juga melibatkan pencen serta elaun-elaun tertentu.

‘‘Dengan itu kuantum kenaikan diputuskan secara cermat dan berhemat. Kerajaan berjaya mengurangkan defisit perbelanjaan kerajaan daripada 5.3 peratus pada 2003 kepada 3.5 peratus tahun lalu dan pengurusan fiskal berhemat ini akan diteruskan,” katanya.

Menurut Perdana Menteri lagi, kenaikan tersebut akan dapat meringankan beban yang dirasai anggota sektor awam terutama mereka yang berada dalam kumpulan terendah.

Pada masa yang sama, kata beliau, semua pegawai dan kakitangan sektor awam perlu sedar bahawa dengan kenaikan gaji itu harapan seluruh rakyat serta kerajaan terhadap mereka akan meningkat.

‘‘Harapan untuk melihat mutu perkhidmatan yang terbaik, yang setimpal dengan kenaikan gaji, akan dirasai secara umum. Gunakanlah peluang ini untuk terus meningkatkan produktiviti serta mutu perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Secara amnya kenaikan itu melibatkan:

Kumpulan Sokongan 2 iaitu Gred 1 hingga 16, gaji pokok dinaikkan sebanyak 35 peratus.

Kumpulan Sokongan 1 iaitu Gred 17 hingga 40 menerima kenaikan sebanyak 25 peratus.

Kumpulan Pengurusan dan Profesional pula akan menikmati kenaikan sebanyak 15 peratus.

Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA) mendapat 7.5 peratus.

Kerajaan juga memberi kenaikan tambahan 20 peratus kepada anggota-anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di atas peratusan kenaikan gaji kakitangan awam.
~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

Blog Widget by LinkWithin

Sekarang terdapat orang dalam talian...time kasih kerana melayari!! hits

Usia Blog Ummie eriey...

Daisypath Friendship tickers