"kami redha"


SENARIO kehidupan guru di Pulau Bum Bum, saban pagi.

DI Pulau Bum Bum, Sabah, kelihatan dua atau tiga guru baru yang ditempatkan di pulau itu, yang jauhya 20 minit berbot daripada jeti Semporna.

Mereka merupakan sebahagian guru yang terikat dengan peraturan wajib mengajar di pedalaman yang telah dikuatkuasakan oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Jalan kampung tidak muat untuk selisih dua buah kereta. Kanak-kanak sekolah kelihatan membaca di bawah pokok di luar sekolah, di sebelah bangunan sekolah yang kelihatan seperti rumah panjang, atau balai raya.

Saban pagi beberapa guru berulang alik menggunakan bot penambang membelah air laut yang jernih kehijauan.

Di dalam hati mereka, Tuhan sahajalah yang tahu.

Tiba di jeti Pulau Bum Bum, mereka disambut oleh van penumpang yang bukan berkerusi empuk kusyen, tetapi beralaskan kayu, menuju ke sekolah.

Dengar khabarnya, sebuah asrama satelit akan didirikan di pulau itu bagi memudahkan pelbagai latar etnik melepaskan penat lelah.



HANYA murid menjadi teman di kala kesunyian bagi guru di pedalaman Keningau, Sabah ini.

DI pedalaman Keningau, Sabah, seorang guru dari Semenanjung Malaysia hanya dapat ke sebuah pekan berhampiran berkekerapan dua bulan sekali.

Hal ini kerana kos untuk perjalanan keluar masuk dengan bot ke pekan itu sahaja mencecah RM700 dengan jalan air (sungai) - Jumlah yang cukup besar untuk seorang guru yang bergaji kecil.

Waktu siang hidupnya bertemankan anak-anak Orang Asli - memancing, berburu, mengutip kayu dan sebagainya bila ada waktu lapang.

Waktu malamnya hanya bertemankan sebatang lilin dan seekor kucing.

``Saya tidak kisah berbudi dan berjasa begini.

``Pinta saya ialah seorang guru lelaki beragama Islam kerana saya khuatir kalau saya mati, tiada siapa yang akan menguruskan jenazah saya... maklumlah saya seorang sahaja penganut Islam di sini,'' katanya.



BEGINILAH keadaannya pada saban pagi murid-murid di Sawah Batu, Pekan Pahang ke sekolah.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Cabaran alam persekolahan yang di luar daripada norma kemampuan dan kemahuan seorang kanak-kanak menghambat niat suci kanak-kanak Orang Asli daripada mahu terus bersekolah.

Bayangkan berhimpit di dalam lori tiga tan yang di ubah suai menjadi bas sekolah, kemudian dipaksakan sehingga 70 murid berhimpit seperti ikan sardin dalam tin, setiap hari - dengan perjalanan yang mengambil masa selama dua jam.

Penulis diberi peluang meninjau dengan mata kepala sendiri kepiluan itu yang berlaku di penempatan semula Orang Asli di Sawah Batu, Pekan, yang pada saban subuh, seawal 5.30 pagi bertolak dari rumah masing-masing meredah ladang kelapa sawit yang gelap dan dingin sebelum tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Perdana, Muadzam Shah, Pahang.

Tidak hairanlah, hampir kesemua anak Orang Asli enggan menyambung pelajaran ke peringkat sekolah menengah.
~pasang tv tgk otromen, lps baca harap komen~

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Sekarang terdapat orang dalam talian...time kasih kerana melayari!! hits

Usia Blog Ummie eriey...

Daisypath Friendship tickers